16 September 2010

Hari Malaysia

Salam reader,
Salam 1 malaysia,

http://www.cute-smiley.com HARI MALAYSIA

Tadi pagi dok kecoh-kecoh dengan ayah.. ayah cakap hari ni hari cuti, tapi aku tak caya.. 16SEPTEMBER? why? Ada apa? tak pernah tahu pun ada cuti umum. Lepas tu mak cakap hari ni, HARI MALAYSIA.. wow.. Start tahun ni kan? Sedih lak,malu...[nampak sangat tak peka dengan isu semasa]...sob..sob.. T_T
Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya ambil tahu apa itu Hari Malaysia walaupun takde cuti umum. Apa itu Hari Malaysia? Apa kaitan 16 September dengan Hari Malaysia?

Meh sama-sama kita baca kat bawah ni kalau korang rasa SAYANG malaysia...ahhhaakkss

Sebenarnya Hari Malaysia ialah hari mengingati pembentukan negara Malaysia. Walaupun Hari Kemerdekaan Malaysia diumumkan pada 31 Ogos 1957 tetapi Sabah dan Sarawak pada ketika itu masih lagi di bawah jajahan British. Ini bermakna Sabah dan Sarawak bukan sebahagian dari Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Pada mulanya mereka menentang pembentukan Malaysia kerana mereka berasa lebih selamat di bawah jajahan British pada masa itu. Selepas rundingan dan menerima penjelasan dari pemimpin-pemimpin Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu pada ketika itu, mereka menyokong pembentukan gagasan Malaysia.

Perdana Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman merancang untuk menjadikan 31 Ogos 1963 sebagai tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia. Atas sebab-sebab tertentu, tarikh 31 Ogos terpaksa ditunda. Tarikh baru penubuhan Persekutuan Malaysia ditetapkan 16 September 1963. 16 September juga adalah tarikh sebenar kemerdekaan bagi seluruh Malaysia kerana tarikh ini menjadi peringatan bahawa Sabah dan Sarawak bebas dari jajahan British dan menjadi sebahagian dari Malaysia.

ok..tu jew...papai


Mekaceh bagi lolly,lain kali baca lagi ;) ♥

1 love's lolly:

Anep™ said...

selamat ari malaysia..hehe

Tinggalkan kupu-kupu please1 .