Salam dear..
1. Makan di luar
Apabila dapat bayaran bil, Anita, Laila, Aishah dan Sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
Apabila dapat bil bayaran, Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.
2. Duit
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.
3. Masa hadapan
Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.
4. Bilik air
Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.
Wanita pula secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya.
5. Pertengkaran
Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
5 love's lolly:
hoho.. memang berbeza
haha..ade betulnyer juga..huhu
ia memang amat berbeza...wah3
sukanya baca :)
thanx dear...:)
Tinggalkan kupu-kupu please1 .