31 July 2010

Tips jaga persahabatan

Salam reader

Nite semua..HEHE malam ni bored sangat2.. buka fesbuk facebook pun bored juga.. takde sapa sudi komen bubu..HUHU sadey la.. who I am? not important in their .. T_____T so,bubu pun fikir apa masalah yang melanda diri sekarang ni.. antaranya masalah BERKAWAN.. so far,korang pun macam tu kan? takde kawan sunyi, bila ada kawan pula macam2 kerenah..uhuu.. ponink pale bubu memikirkan. Nak share masalah tu? takpa la, biarlah bersemadi di dalam hati..hik3 ok2,malam ni bubu nak share TIPS MENJAGA PERSAHABATAN. Korang mesti baca. Siapa tahu berguna untuk korang juga. meh baca kat bawah ni.. jeng..jeng..

MySpace
1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuklah membelanja dia makan, sesuaikan dengan kemampuan.

2. Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai nangis-nangis gitu.

3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana dia hadir di samping anda.

4. Berkongsi kedukaannya, kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.

5. Anggap dia ahli keluarga anda sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.

6. Maafkan kesalahannya selalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja.
  

*P/s bubu : Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya, kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha menjadikan orang lain cemerlang sepertinya.

Pendek kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat.


Mekaceh bagi lolly,lain kali baca lagi ;) ♥

0 love's lolly:

Tinggalkan kupu-kupu please1 .