27 December 2010

Khasiat buah tomato

Salam dear :face57:

Hari ni aku sangat2 blur.ko tahu tak blur? otak kosong..sikit ngokngek itu aku punya otak. takde idea sebab kebosanan duduk di rumah semenjak tamat pengajian.. oh damn benci duduk rumah kena kemas jadi macam bibik. semua benda kena buat. tak buat kene leter. huh..! sangat tertekan diriku ini wahai kawan2. Aku da lama nak buat entry ni, tapi baru berkesempatan. *aceceh,bla ar kau..haha. kenapa? mengapa? aku wat entry ni? sebab dulu aku seorang yang amat tak suka,tak pandai.benci akan tomato. tapi........now aku amat sangat dan gilakannya. Bukan sebab khasiat, tapi sedap je..wahaha. poyo ek..? Ni aku saje je nak share khasiat tomato. mana yang dah tahu tu, depends la nak baca or tak and amek tahu...ki3

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit

Selamat mencuba..!

Photobucket


Mekaceh bagi lolly,lain kali baca lagi ;) ♥

2 love's lolly:

Anep™ said...

huh !byk khasiat dia..hehe

aku x mnt kot tomato..masammm~

Latest Entry :
-> Blog Review Special : Aq Naim, JOm Terjah !
-> Apa Kaitannya Games Island Trible Ini Dengan Idola Kecil 3, Pelik ?

Lieyana said...

xjgak...mybe yg muda kot...
sedap la...haha

Tinggalkan kupu-kupu please1 .