19 December 2010

Petua elak cemburu buta



Cemburu 13 tandanya sayang..
salah ke bila pasangan kita cemburu...? takkan..
tapi kalau dah sampai cemburu membabi buta
tu akan menjejaskan hubungan korang..
ada 3 petua penting untuk atasi cemburu buta..


1. Betulkan semula niat. Photobucket

Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab tu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat insyaAllah ada ganjarannya. Kerja yang berniat dengan tak berniat lain hasilnya.
Dalam bercinta pun sama. Kalau masa mula-mula dulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tak betullah langkahnya. Bila-bila kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab apa? Sebab niatnya untuk suka-suka.

Mulai hari ni, niatkan semula tujuan bercinta ni kerana Allah. Boleh, jangan kata tak boleh. Dah ramai yang buat macam tu, macam mana awak kata tak boleh. Apa pun kerja kalau sandarannya Tuhan, kita tak akan rasa sedih. Kalau kekasih lari pun kita tak sedih sangat, sebab kita masih ada Tuhan. Allah masih sayangkan kita.

2. Kekasih kita itu bukan milik kita. 34

Buat macam ni selalu. Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ni Allah yang punya. Bukan ibu, tidaklah ayah yang memiliki kita ni. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi kekasih yag kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya.

Jadi bila semua ni Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.
Selalu ingat bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

3. Dekatkan pada Maha Pencipta. 49

Ramai yang bila cemburu tu datang, dia rasa hidup ni macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam tu. Semua rasa tak tenang. Hidup tak ada arah ni sebenarnya memerlukan sesuatu yang boleh memandu kita ke arah yang baik.

Jadi, tak ada lain yang boleh melakukan seperti ini melainkan Allah juga. Prasangka, syak, dan cemburu ni semua kerja syaitan. Tak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita


Mekaceh bagi lolly,lain kali baca lagi ;) ♥

2 love's lolly:

Cikbelog said...

tak suka cemburu kat kekaseh hati sebab diri sendiri pun tak suka dicemburui.. =.=

Lieyana said...

thu xpe...ngee

Tinggalkan kupu-kupu please1 .